Sokongan menyeluruh untuk murid
Maklumat awam dirumus daripada Manual Pengurusan SMKAJ 2026.
Kebajikan Murid
HEM mengurus bantuan kewangan, wakalah zakat, SPBT, pendaftaran serta pengurusan kelas. Murid atau penjaga yang memerlukan bantuan boleh berhubung dengan guru kelas atau pihak sekolah.
Sahsiah, Disiplin dan Sekolah Penyayang
Program SUMUR, perhimpunan rasmi, mentor mentee dan pengurusan disiplin dilaksanakan bagi membentuk murid yang beradab, bertanggungjawab dan berdaya tahan.
Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan
Sekolah mengamalkan pengurusan 3K, Program Sekolah Selamat dan pengurusan risiko. Semasa kecemasan, murid perlu mematuhi arahan guru, bergerak ke tempat berkumpul yang ditetapkan dan tidak kembali ke bangunan tanpa arahan.
Bimbingan, Kaunseling dan PPDa
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, pendidikan pencegahan dadah serta program pengimarahan surau disediakan sebagai sokongan perkembangan murid.